Surah 80 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ Ia memasamkan muka dan berpaling,
Surah 80 Ayat 2:
أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ Kerana ia didatangi orang buta.
Surah 80 Ayat 3:
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
Surah 80 Ayat 4:
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَىٰ Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
Surah 80 Ayat 5:
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
Surah 80 Ayat 11:
كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
Surah 80 Ayat 12:
فَمَن شَاءَ ذَكَرَهُ Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Surah 80 Ayat 13:
فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -
Surah 80 Ayat 14:
مَّرْفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةٍ Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -
Surah 80 Ayat 15:
بِأَيْدِي سَفَرَةٍ (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;
Surah 80 Ayat 16:
كِرَامٍ بَرَرَةٍ (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.
Surah 80 Ayat 17:
قُتِلَ الْإِنسَانُ مَا أَكْفَرَهُ Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
Surah 80 Ayat 18:
مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -
Surah 80 Ayat 19:
مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
Surah 80 Ayat 20:
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);