Surah 97 Ayat 1:
بِّسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Surah 97 Ayat 2:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Surah 97 Ayat 3:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Surah 97 Ayat 4:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Surah 97 Ayat 5:
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!