Surah 94 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Surah 94 Ayat 2:
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Surah 94 Ayat 3:
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Surah 94 Ayat 4:
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Surah 94 Ayat 5:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Surah 94 Ayat 6:
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Surah 94 Ayat 7:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Surah 94 Ayat 8:
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).