Al-Quran: Kajian Ayat

Senarai Surah

Senarai Ayat (Surah 100)

Surah 100 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
Surah 100 Ayat 2:
فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
Surah 100 Ayat 3:
فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
Surah 100 Ayat 4:
فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
Surah 100 Ayat 5:
فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;
Surah 100 Ayat 6:
إِنَّ الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
Surah 100 Ayat 7:
وَإِنَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌ
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;
Surah 100 Ayat 8:
وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
Surah 100 Ayat 9:
۞ أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
Surah 100 Ayat 10:
وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
Surah 100 Ayat 11:
إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.

Kategori Kajian

Senarai Ayat Kajian

Sila pilih kategori kajian di sebelah kiri.