Surah 56 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ Apabila berlaku hari kiamat itu,
Surah 56 Ayat 2:
لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Surah 56 Ayat 3:
خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
Surah 56 Ayat 4: General
إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
Surah 56 Ayat 5: General
وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
Surah 56 Ayat 6: General
فَكَانَتْ هَبَاءً مُّنبَثًّا Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
Surah 56 Ayat 7:
وَكُنتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Surah 56 Ayat 8:
فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Surah 56 Ayat 9:
وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Surah 56 Ayat 10:
وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Surah 56 Ayat 11:
أُولَـٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
Surah 56 Ayat 12:
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Surah 56 Ayat 13:
ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Surah 56 Ayat 14:
وَقَلِيلٌ مِّنَ الْآخِرِينَ Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Surah 56 Ayat 15:
عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Surah 56 Ayat 16:
مُّتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Surah 56 Ayat 17:
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Surah 56 Ayat 18:
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Surah 56 Ayat 19:
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Surah 56 Ayat 20:
وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,