Al-Quran: Kajian Ayat

Senarai Surah

Senarai Ayat (Surah 101)

Surah 101 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ الْقَارِعَةُ
Hari yang menggemparkan,
Surah 101 Ayat 2:
مَا الْقَارِعَةُ
Apa dia hari yang menggemparkan itu?
Surah 101 Ayat 3:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -
Surah 101 Ayat 4:
يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
Surah 101 Ayat 5:
وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
Surah 101 Ayat 6:
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -
Surah 101 Ayat 7:
فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
Surah 101 Ayat 8:
وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
Surah 101 Ayat 9:
فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
Surah 101 Ayat 10:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
Surah 101 Ayat 11:
نَارٌ حَامِيَةٌ
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

Kategori Kajian

Senarai Ayat Kajian

Sila pilih kategori kajian di sebelah kiri.