Al-Quran: Kajian Ayat

Senarai Surah

Senarai Ayat (Surah 93)

Surah 93 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالضُّحَىٰ
Demi waktu dhuha,
Surah 93 Ayat 2:
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
Surah 93 Ayat 3:
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Surah 93 Ayat 4:
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Surah 93 Ayat 5:
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Surah 93 Ayat 6:
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Surah 93 Ayat 7:
وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Surah 93 Ayat 8:
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Surah 93 Ayat 9:
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Surah 93 Ayat 10:
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
Surah 93 Ayat 11:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Kategori Kajian

Senarai Ayat Kajian

Sila pilih kategori kajian di sebelah kiri.