Surah 74 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ Wahai orang yang berselimut!
Surah 74 Ayat 2:
قُمْ فَأَنذِرْ Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Surah 74 Ayat 3:
وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Surah 74 Ayat 4:
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Surah 74 Ayat 5:
وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Surah 74 Ayat 6:
وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Surah 74 Ayat 7:
وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Surah 74 Ayat 8:
فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
Surah 74 Ayat 9:
فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
Surah 74 Ayat 10:
عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
Surah 74 Ayat 11:
ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
Surah 74 Ayat 12:
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَّمْدُودًا Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
Surah 74 Ayat 13:
وَبَنِينَ شُهُودًا Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
Surah 74 Ayat 14:
وَمَهَّدتُّ لَهُ تَمْهِيدًا Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
Surah 74 Ayat 15:
ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
Surah 74 Ayat 16:
كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
Surah 74 Ayat 17:
سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
Surah 74 Ayat 18:
إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
Surah 74 Ayat 19:
فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
Surah 74 Ayat 20:
ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?