Al-Quran: Kajian Ayat

Senarai Surah

Senarai Ayat (Surah 55)

Surah 55 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ الرَّحْمَـٰنُ
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Surah 55 Ayat 2:
عَلَّمَ الْقُرْآنَ
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Surah 55 Ayat 3:
خَلَقَ الْإِنسَانَ
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
Surah 55 Ayat 4:
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Surah 55 Ayat 5:
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Surah 55 Ayat 6:
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Surah 55 Ayat 7:
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Surah 55 Ayat 8:
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Surah 55 Ayat 9:
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Surah 55 Ayat 10:
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Surah 55 Ayat 11:
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Surah 55 Ayat 12:
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Surah 55 Ayat 13:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Surah 55 Ayat 14: General
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
Surah 55 Ayat 15: General
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Surah 55 Ayat 16:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Surah 55 Ayat 17:
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Surah 55 Ayat 18:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Surah 55 Ayat 19: Fakta Sains
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Surah 55 Ayat 20: Fakta Sains
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

Kategori Kajian

Senarai Ayat Kajian

Sila pilih kategori kajian di sebelah kiri.