Surah 80 Ayat 21:
ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;
Surah 80 Ayat 22:
ثُمَّ إِذَا شَاءَ أَنشَرَهُ Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
Surah 80 Ayat 23:
كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَا أَمَرَهُ Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
Surah 80 Ayat 24:
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
Surah 80 Ayat 25:
أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
Surah 80 Ayat 26:
ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -
Surah 80 Ayat 27:
فَأَنبَتْنَا فِيهَا حَبًّا Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
Surah 80 Ayat 28:
وَعِنَبًا وَقَضْبًا Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
Surah 80 Ayat 29:
وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
Surah 80 Ayat 30:
وَحَدَائِقَ غُلْبًا Dan taman-taman yang menghijau subur,
Surah 80 Ayat 31:
وَفَاكِهَةً وَأَبًّا Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -
Surah 80 Ayat 32:
مَّتَاعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
Surah 80 Ayat 33:
فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -
Surah 80 Ayat 34:
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
Surah 80 Ayat 35:
وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ Dan ibunya serta bapanya,
Surah 80 Ayat 36:
وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ Dan isterinya serta anak-anaknya; -
Surah 80 Ayat 37:
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
Surah 80 Ayat 38:
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
Surah 80 Ayat 39:
ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ Tertawa, lagi bersuka ria;
Surah 80 Ayat 40:
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,