Surah 53 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ Demi bintang semasa ia menjunam, -
Surah 53 Ayat 2:
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
Surah 53 Ayat 3:
وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Surah 53 Ayat 4:
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Surah 53 Ayat 5:
عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
Surah 53 Ayat 6:
ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
Surah 53 Ayat 7:
وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
Surah 53 Ayat 8:
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
Surah 53 Ayat 9:
فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
Surah 53 Ayat 10:
فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
Surah 53 Ayat 11:
مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Surah 53 Ayat 12:
أَفَتُمَارُونَهُ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
Surah 53 Ayat 13:
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
Surah 53 Ayat 14:
عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ Di sisi "Sidratul-Muntaha";
Surah 53 Ayat 15:
عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
Surah 53 Ayat 16:
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Surah 53 Ayat 17:
مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
Surah 53 Ayat 18:
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
Surah 53 Ayat 19:
أَفَرَأَيْتُمُ اللَّاتَ وَالْعُزَّىٰ (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
Surah 53 Ayat 20:
وَمَنَاةَ الثَّالِثَةَ الْأُخْرَىٰ Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?