Surah 37 Ayat 21:
هَـٰذَا يَوْمُ الْفَصْلِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ (Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".
Surah 37 Ayat 22:
۞ احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ (Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
Surah 37 Ayat 23:
مِن دُونِ اللَّهِ فَاهْدُوهُمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْجَحِيمِ "Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.
Surah 37 Ayat 24:
وَقِفُوهُمْ ۖ إِنَّهُم مَّسْئُولُونَ "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
Surah 37 Ayat 25:
مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ "Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
Surah 37 Ayat 26:
بَلْ هُمُ الْيَوْمَ مُسْتَسْلِمُونَ (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
Surah 37 Ayat 27:
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
Surah 37 Ayat 28:
قَالُوا إِنَّكُمْ كُنتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ الْيَمِينِ Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
Surah 37 Ayat 29:
قَالُوا بَل لَّمْ تَكُونُوا مُؤْمِنِينَ Ketua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
Surah 37 Ayat 30:
وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُم مِّن سُلْطَانٍ ۖ بَلْ كُنتُمْ قَوْمًا طَاغِينَ "Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
Surah 37 Ayat 31:
فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَا ۖ إِنَّا لَذَائِقُونَ (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
Surah 37 Ayat 32:
فَأَغْوَيْنَاكُمْ إِنَّا كُنَّا غَاوِينَ "(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
Surah 37 Ayat 33:
فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
Surah 37 Ayat 34:
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِينَ Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
Surah 37 Ayat 35:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
Surah 37 Ayat 36:
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
Surah 37 Ayat 37:
بَلْ جَاءَ بِالْحَقِّ وَصَدَّقَ الْمُرْسَلِينَ (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
Surah 37 Ayat 38:
إِنَّكُمْ لَذَائِقُو الْعَذَابِ الْأَلِيمِ Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Surah 37 Ayat 39:
وَمَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
Surah 37 Ayat 40:
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,