Surah 37 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالصَّافَّاتِ صَفًّا Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
Surah 37 Ayat 2:
فَالزَّاجِرَاتِ زَجْرًا (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
Surah 37 Ayat 3:
فَالتَّالِيَاتِ ذِكْرًا (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
Surah 37 Ayat 4:
إِنَّ إِلَـٰهَكُمْ لَوَاحِدٌ (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
Surah 37 Ayat 5:
رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ الْمَشَارِقِ Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
Surah 37 Ayat 6:
إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
Surah 37 Ayat 7:
وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
Surah 37 Ayat 8:
لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَىٰ وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
Surah 37 Ayat 9:
دُحُورًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
Surah 37 Ayat 10:
إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
Surah 37 Ayat 11:
فَاسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَم مَّنْ خَلَقْنَا ۚ إِنَّا خَلَقْنَاهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍ (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
Surah 37 Ayat 12:
بَلْ عَجِبْتَ وَيَسْخَرُونَ (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
Surah 37 Ayat 13:
وَإِذَا ذُكِّرُوا لَا يَذْكُرُونَ Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
Surah 37 Ayat 14:
وَإِذَا رَأَوْا آيَةً يَسْتَسْخِرُونَ Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
Surah 37 Ayat 15:
وَقَالُوا إِنْ هَـٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ Serta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
Surah 37 Ayat 16:
أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
Surah 37 Ayat 17:
أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"
Surah 37 Ayat 18:
قُلْ نَعَمْ وَأَنتُمْ دَاخِرُونَ Jawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".
Surah 37 Ayat 19:
فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ فَإِذَا هُمْ يَنظُرُونَ (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
Surah 37 Ayat 20:
وَقَالُوا يَا وَيْلَنَا هَـٰذَا يَوْمُ الدِّينِ Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"