Surah 38 Ayat 81:
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ " Hingga ke hari masa yang termaklum ".
Surah 38 Ayat 82:
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
Surah 38 Ayat 83:
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ " Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
Surah 38 Ayat 84:
قَالَ فَالْحَقُّ وَالْحَقَّ أَقُولُ Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -
Surah 38 Ayat 85:
لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكَ وَمِمَّن تَبِعَكَ مِنْهُمْ أَجْمَعِينَ " Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".
Surah 38 Ayat 86:
قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ Katakanlah (wahai Muhammad): " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada ".
Surah 38 Ayat 87:
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.
Surah 38 Ayat 88:
وَلَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.