Surah 37 Ayat 81:
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
Surah 37 Ayat 82:
ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
Surah 37 Ayat 83:
۞ وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِ لَإِبْرَاهِيمَ Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
Surah 37 Ayat 84:
إِذْ جَاءَ رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
Surah 37 Ayat 85:
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَاذَا تَعْبُدُونَ Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?
Surah 37 Ayat 86:
أَئِفْكًا آلِهَةً دُونَ اللَّهِ تُرِيدُونَ "Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
Surah 37 Ayat 87:
فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ "Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
Surah 37 Ayat 88:
فَنَظَرَ نَظْرَةً فِي النُّجُومِ Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
Surah 37 Ayat 89:
فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
Surah 37 Ayat 90:
فَتَوَلَّوْا عَنْهُ مُدْبِرِينَ Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
Surah 37 Ayat 91:
فَرَاغَ إِلَىٰ آلِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
Surah 37 Ayat 92:
مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ "Mengapa kamu tidak menjawab?"
Surah 37 Ayat 93:
فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًا بِالْيَمِينِ Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
Surah 37 Ayat 94:
فَأَقْبَلُوا إِلَيْهِ يَزِفُّونَ (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
Surah 37 Ayat 95:
قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
Surah 37 Ayat 96:
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
Surah 37 Ayat 97:
قَالُوا ابْنُوا لَهُ بُنْيَانًا فَأَلْقُوهُ فِي الْجَحِيمِ (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
Surah 37 Ayat 98:
فَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَسْفَلِينَ Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
Surah 37 Ayat 99:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
Surah 37 Ayat 100:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"