Surah 26 Ayat 81:
وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
Surah 26 Ayat 82:
وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
Surah 26 Ayat 83:
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Surah 26 Ayat 84:
وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
Surah 26 Ayat 85:
وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
Surah 26 Ayat 86:
وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
Surah 26 Ayat 87:
وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
Surah 26 Ayat 88:
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
Surah 26 Ayat 89:
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
Surah 26 Ayat 90:
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
Surah 26 Ayat 91:
وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
Surah 26 Ayat 92:
وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
Surah 26 Ayat 93:
مِن دُونِ اللَّهِ هَلْ يَنصُرُونَكُمْ أَوْ يَنتَصِرُونَ ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '
Surah 26 Ayat 94:
فَكُبْكِبُوا فِيهَا هُمْ وَالْغَاوُونَ "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
Surah 26 Ayat 95:
وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
Surah 26 Ayat 96:
قَالُوا وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
Surah 26 Ayat 97:
تَاللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
Surah 26 Ayat 98:
إِذْ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
Surah 26 Ayat 99:
وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
Surah 26 Ayat 100:
فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,