Surah 107 Ayat 4:
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
Surah 107 Ayat 5:
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
Surah 107 Ayat 6:
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Surah 107 Ayat 7:
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
Surah 108 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
Surah 108 Ayat 2:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Surah 108 Ayat 3:
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Surah 109 Ayat 2:
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Surah 109 Ayat 3:
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
Surah 109 Ayat 4:
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Surah 109 Ayat 5:
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Surah 109 Ayat 6:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Surah 110 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
Surah 110 Ayat 2:
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
Surah 110 Ayat 3:
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Surah 111 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
Surah 111 Ayat 2:
مَا أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
Surah 111 Ayat 3:
سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
Surah 111 Ayat 4:
وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -