Surah 104 Ayat 2:
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
Surah 104 Ayat 3:
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Surah 104 Ayat 4:
كَلَّا ۖ لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
Surah 104 Ayat 5:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
Surah 104 Ayat 6:
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
Surah 104 Ayat 7:
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ Yang naik menjulang ke hati;
Surah 104 Ayat 8:
إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
Surah 104 Ayat 9:
فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
Surah 105 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
Surah 105 Ayat 2:
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
Surah 105 Ayat 3:
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
Surah 105 Ayat 4:
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
Surah 105 Ayat 5:
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Surah 106 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
Surah 106 Ayat 2:
إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
Surah 106 Ayat 3:
فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَـٰذَا الْبَيْتِ Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
Surah 106 Ayat 4:
الَّذِي أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَآمَنَهُم مِّنْ خَوْفٍ Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Surah 107 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Surah 107 Ayat 2:
فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
Surah 107 Ayat 3:
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.