Surah 93 Ayat 2:
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
Surah 93 Ayat 3:
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Surah 93 Ayat 4:
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Surah 93 Ayat 5:
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Surah 93 Ayat 6:
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Surah 93 Ayat 7:
وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Surah 93 Ayat 8:
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Surah 93 Ayat 9:
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Surah 93 Ayat 10:
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
Surah 93 Ayat 11:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Surah 94 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Surah 94 Ayat 2:
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Surah 94 Ayat 3:
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Surah 94 Ayat 4:
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Surah 94 Ayat 5:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Surah 94 Ayat 6:
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Surah 94 Ayat 7:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Surah 94 Ayat 8:
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Surah 95 Ayat 1:
بِّسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ Demi buah Tiin dan Zaitun,
Surah 95 Ayat 2:
وَطُورِ سِينِينَ Dan Gunung Tursina,