Surah 89 Ayat 8:
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
Surah 89 Ayat 9:
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
Surah 89 Ayat 10:
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
Surah 89 Ayat 11:
الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
Surah 89 Ayat 12:
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
Surah 89 Ayat 13:
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
Surah 89 Ayat 14:
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
Surah 89 Ayat 15:
فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Surah 89 Ayat 16:
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Surah 89 Ayat 17:
كَلَّا ۖ بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
Surah 89 Ayat 18:
وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
Surah 89 Ayat 19:
وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
Surah 89 Ayat 20:
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
Surah 89 Ayat 21:
كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
Surah 89 Ayat 22:
وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
Surah 89 Ayat 23:
وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
Surah 89 Ayat 24:
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
Surah 89 Ayat 25:
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
Surah 89 Ayat 26:
وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
Surah 89 Ayat 27:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -