Surah 84 Ayat 17:
وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
Surah 84 Ayat 18:
وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Surah 84 Ayat 19:
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
Surah 84 Ayat 20:
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
Surah 84 Ayat 21:
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
Surah 84 Ayat 22:
بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Surah 84 Ayat 23:
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Surah 84 Ayat 24:
فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
Surah 84 Ayat 25:
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Surah 85 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Surah 85 Ayat 2:
وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
Surah 85 Ayat 3:
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
Surah 85 Ayat 4:
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ Celakalah kaum yang menggali parit,
Surah 85 Ayat 5:
النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
Surah 85 Ayat 6:
إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
Surah 85 Ayat 7:
وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Surah 85 Ayat 8:
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Surah 85 Ayat 9:
الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
Surah 85 Ayat 10:
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Surah 85 Ayat 11:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.