Surah 82 Ayat 12:
يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
Surah 82 Ayat 13:
إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
Surah 82 Ayat 14:
وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
Surah 82 Ayat 15:
يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
Surah 82 Ayat 16:
وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
Surah 82 Ayat 17:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Surah 82 Ayat 18:
ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Surah 82 Ayat 19:
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Surah 83 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Surah 83 Ayat 2:
الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Surah 83 Ayat 3:
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Surah 83 Ayat 4:
أَلَا يَظُنُّ أُولَـٰئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
Surah 83 Ayat 5:
لِيَوْمٍ عَظِيمٍ Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
Surah 83 Ayat 6:
يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
Surah 83 Ayat 7:
كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".
Surah 83 Ayat 8:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,
Surah 83 Ayat 9:
كِتَابٌ مَّرْقُومٌ Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
Surah 83 Ayat 10:
وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -
Surah 83 Ayat 11:
الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.
Surah 83 Ayat 12:
وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!