Surah 81 Ayat 21:
مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
Surah 81 Ayat 22:
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
Surah 81 Ayat 23:
وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
Surah 81 Ayat 24:
وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
Surah 81 Ayat 25:
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
Surah 81 Ayat 26:
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
Surah 81 Ayat 27:
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
Surah 81 Ayat 28:
لِمَن شَاءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
Surah 81 Ayat 29:
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Surah 82 Ayat 2:
وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انتَثَرَتْ Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
Surah 82 Ayat 3:
وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
Surah 82 Ayat 4:
وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
Surah 82 Ayat 5:
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
Surah 82 Ayat 6:
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
Surah 82 Ayat 7:
الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
Surah 82 Ayat 8:
فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاءَ رَكَّبَكَ Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
Surah 82 Ayat 9:
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
Surah 82 Ayat 10:
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
Surah 82 Ayat 11:
كِرَامًا كَاتِبِينَ (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);