Surah 74 Ayat 47:
حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
Surah 74 Ayat 48:
فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Surah 74 Ayat 49:
فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
Surah 74 Ayat 50:
كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Surah 74 Ayat 51:
فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Surah 74 Ayat 52:
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
Surah 74 Ayat 53:
كَلَّا ۖ بَل لَّا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
Surah 74 Ayat 54:
كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
Surah 74 Ayat 55:
فَمَن شَاءَ ذَكَرَهُ Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Surah 74 Ayat 56:
وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ ۚ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
Surah 75 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Surah 75 Ayat 2:
وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Surah 75 Ayat 3:
أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُ Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Surah 75 Ayat 4: Fakta Sains
بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
Surah 75 Ayat 5:
بَلْ يُرِيدُ الْإِنسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Surah 75 Ayat 6: Fakta Sains
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
Surah 75 Ayat 7: Fakta Sains
فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Surah 75 Ayat 8: Fakta Sains
وَخَسَفَ الْقَمَرُ Dan bulan hilang cahayanya,
Surah 75 Ayat 9: Fakta Sains
وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,