Surah 56 Ayat 82:
وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
Surah 56 Ayat 83:
فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
Surah 56 Ayat 84:
وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
Surah 56 Ayat 85: General
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
Surah 56 Ayat 86:
فَلَوْلَا إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
Surah 56 Ayat 87:
تَرْجِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
Surah 56 Ayat 88:
فَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
Surah 56 Ayat 89:
فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
Surah 56 Ayat 90:
وَأَمَّا إِن كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ Dan jika ia dari puak kanan,
Surah 56 Ayat 91:
فَسَلَامٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
Surah 56 Ayat 92:
وَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
Surah 56 Ayat 93:
فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
Surah 56 Ayat 94:
وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ Serta bakaran api neraka.
Surah 56 Ayat 95:
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ الْيَقِينِ Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
Surah 56 Ayat 96:
فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Surah 57 Ayat 1: General
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah 57 Ayat 2: Pengesahan oleh Quran
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah 57 Ayat 3:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah 57 Ayat 4: General General General
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Surah 57 Ayat 5:
لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.