Surah 74 Ayat 41:
عَنِ الْمُجْرِمِينَ Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
Surah 74 Ayat 42:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Surah 74 Ayat 43:
قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Surah 74 Ayat 44:
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
Surah 74 Ayat 45:
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
Surah 74 Ayat 47:
حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
Surah 74 Ayat 48:
فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Surah 74 Ayat 49:
فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
Surah 74 Ayat 50:
كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Surah 74 Ayat 51:
فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Surah 74 Ayat 52:
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
Surah 74 Ayat 53:
كَلَّا ۖ بَل لَّا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
Surah 74 Ayat 54:
كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
Surah 74 Ayat 55:
فَمَن شَاءَ ذَكَرَهُ Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Surah 74 Ayat 56:
وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ ۚ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).