Surah 53 Ayat 41:
ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
Surah 53 Ayat 42:
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الْمُنتَهَىٰ Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
Surah 53 Ayat 43:
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Surah 53 Ayat 44:
وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
Surah 53 Ayat 45: Pengesahan oleh Quran
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
Surah 53 Ayat 46: Pengesahan oleh Quran
مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
Surah 53 Ayat 47:
وَأَنَّ عَلَيْهِ النَّشْأَةَ الْأُخْرَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
Surah 53 Ayat 48:
وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
Surah 53 Ayat 49:
وَأَنَّهُ هُوَ رَبُّ الشِّعْرَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
Surah 53 Ayat 50:
وَأَنَّهُ أَهْلَكَ عَادًا الْأُولَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
Surah 53 Ayat 51:
وَثَمُودَ فَمَا أَبْقَىٰ Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
Surah 53 Ayat 52:
وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا هُمْ أَظْلَمَ وَأَطْغَىٰ Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
Surah 53 Ayat 53:
وَالْمُؤْتَفِكَةَ أَهْوَىٰ Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
Surah 53 Ayat 54:
فَغَشَّاهَا مَا غَشَّىٰ Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
Surah 53 Ayat 55:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
Surah 53 Ayat 56:
هَـٰذَا نَذِيرٌ مِّنَ النُّذُرِ الْأُولَىٰ (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
Surah 53 Ayat 57: General
أَزِفَتِ الْآزِفَةُ Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
Surah 53 Ayat 58:
لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
Surah 53 Ayat 59:
أَفَمِنْ هَـٰذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
Surah 53 Ayat 60:
وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?