Surah 37 Ayat 153:
أَصْطَفَى الْبَنَاتِ عَلَى الْبَنِينَ (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
Surah 37 Ayat 154:
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
Surah 37 Ayat 155:
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
Surah 37 Ayat 156:
أَمْ لَكُمْ سُلْطَانٌ مُّبِينٌ Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
Surah 37 Ayat 157:
فَأْتُوا بِكِتَابِكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
Surah 37 Ayat 158:
وَجَعَلُوا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجِنَّةِ نَسَبًا ۚ وَلَقَدْ عَلِمَتِ الْجِنَّةُ إِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
Surah 37 Ayat 159:
سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
Surah 37 Ayat 160:
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
Surah 37 Ayat 161:
فَإِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
Surah 37 Ayat 162:
مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ بِفَاتِنِينَ Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
Surah 37 Ayat 163:
إِلَّا مَنْ هُوَ صَالِ الْجَحِيمِ kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
Surah 37 Ayat 164:
وَمَا مِنَّا إِلَّا لَهُ مَقَامٌ مَّعْلُومٌ (Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
Surah 37 Ayat 165:
وَإِنَّا لَنَحْنُ الصَّافُّونَ "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
Surah 37 Ayat 166:
وَإِنَّا لَنَحْنُ الْمُسَبِّحُونَ "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
Surah 37 Ayat 167:
وَإِن كَانُوا لَيَقُولُونَ Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
Surah 37 Ayat 168:
لَوْ أَنَّ عِندَنَا ذِكْرًا مِّنَ الْأَوَّلِينَ "Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
Surah 37 Ayat 169:
لَكُنَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ "Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
Surah 37 Ayat 170:
فَكَفَرُوا بِهِ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
Surah 37 Ayat 171:
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
Surah 37 Ayat 172:
إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan