Surah 37 Ayat 93:
فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًا بِالْيَمِينِ Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
Surah 37 Ayat 94:
فَأَقْبَلُوا إِلَيْهِ يَزِفُّونَ (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
Surah 37 Ayat 95:
قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
Surah 37 Ayat 96:
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
Surah 37 Ayat 97:
قَالُوا ابْنُوا لَهُ بُنْيَانًا فَأَلْقُوهُ فِي الْجَحِيمِ (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
Surah 37 Ayat 98:
فَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَسْفَلِينَ Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
Surah 37 Ayat 99:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
Surah 37 Ayat 100:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
Surah 37 Ayat 101:
فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
Surah 37 Ayat 102:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
Surah 37 Ayat 103:
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
Surah 37 Ayat 105:
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Surah 37 Ayat 106:
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
Surah 37 Ayat 107:
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
Surah 37 Ayat 108:
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
Surah 37 Ayat 109:
سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
Surah 37 Ayat 110:
كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Surah 37 Ayat 111:
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
Surah 37 Ayat 112:
وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِينَ Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.