Surah 26 Ayat 149:
وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
Surah 26 Ayat 150:
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
Surah 26 Ayat 151:
وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
Surah 26 Ayat 152:
الَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ "Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
Surah 26 Ayat 153:
قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
Surah 26 Ayat 154:
مَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِآيَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ "Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Surah 26 Ayat 155:
قَالَ هَـٰذِهِ نَاقَةٌ لَّهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
Surah 26 Ayat 156:
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ "Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
Surah 26 Ayat 157:
فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا نَادِمِينَ Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
Surah 26 Ayat 158:
فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Surah 26 Ayat 159:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Surah 26 Ayat 160:
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Surah 26 Ayat 161:
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Surah 26 Ayat 162:
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Surah 26 Ayat 163:
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Surah 26 Ayat 164:
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Surah 26 Ayat 165:
أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
Surah 26 Ayat 166:
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
Surah 26 Ayat 167:
قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
Surah 26 Ayat 168:
قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ الْقَالِينَ Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".