Surah 89 Ayat 21:
كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
Surah 89 Ayat 22:
وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
Surah 89 Ayat 23:
وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
Surah 89 Ayat 24:
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
Surah 89 Ayat 25:
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
Surah 89 Ayat 26:
وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
Surah 89 Ayat 27:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Surah 89 Ayat 28:
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
Surah 89 Ayat 29:
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
Surah 89 Ayat 30:
وَادْخُلِي جَنَّتِي "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "