Al-Quran: Kajian Ayat

Senarai Surah

Senarai Ayat (Surah 68)

Surah 68 Ayat 21:
فَتَنَادَوْا مُصْبِحِينَ
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
Surah 68 Ayat 22:
أَنِ اغْدُوا عَلَىٰ حَرْثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَارِمِينَ
(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
Surah 68 Ayat 23:
فَانطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
Surah 68 Ayat 24:
أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
Surah 68 Ayat 25:
وَغَدَوْا عَلَىٰ حَرْدٍ قَادِرِينَ
Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
Surah 68 Ayat 26:
فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ
Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
Surah 68 Ayat 27:
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
Surah 68 Ayat 28:
قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ
Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
Surah 68 Ayat 29:
قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
Surah 68 Ayat 30:
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ
Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
Surah 68 Ayat 31:
قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ
Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
Surah 68 Ayat 32:
عَسَىٰ رَبُّنَا أَن يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِّنْهَا إِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا رَاغِبُونَ
"Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
Surah 68 Ayat 33:
كَذَٰلِكَ الْعَذَابُ ۖ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
Surah 68 Ayat 34:
إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
Surah 68 Ayat 35:
أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
Surah 68 Ayat 36:
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
Surah 68 Ayat 37:
أَمْ لَكُمْ كِتَابٌ فِيهِ تَدْرُسُونَ
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
Surah 68 Ayat 38:
إِنَّ لَكُمْ فِيهِ لَمَا تَخَيَّرُونَ
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
Surah 68 Ayat 39:
أَمْ لَكُمْ أَيْمَانٌ عَلَيْنَا بَالِغَةٌ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۙ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ
Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
Surah 68 Ayat 40:
سَلْهُمْ أَيُّهُم بِذَٰلِكَ زَعِيمٌ
Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"

Kategori Kajian

Senarai Ayat Kajian

Sila pilih kategori kajian di sebelah kiri.