Surah 37 Ayat 141:
فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
Surah 37 Ayat 142:
فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
Surah 37 Ayat 143:
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
Surah 37 Ayat 144:
لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
Surah 37 Ayat 145:
۞ فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
Surah 37 Ayat 146:
وَأَنبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
Surah 37 Ayat 147:
وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَىٰ مِائَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
Surah 37 Ayat 148:
فَآمَنُوا فَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
Surah 37 Ayat 149:
فَاسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ الْبَنَاتُ وَلَهُمُ الْبَنُونَ (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
Surah 37 Ayat 150:
أَمْ خَلَقْنَا الْمَلَائِكَةَ إِنَاثًا وَهُمْ شَاهِدُونَ Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
Surah 37 Ayat 151:
أَلَا إِنَّهُم مِّنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
Surah 37 Ayat 152:
وَلَدَ اللَّهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ "Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
Surah 37 Ayat 153:
أَصْطَفَى الْبَنَاتِ عَلَى الْبَنِينَ (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
Surah 37 Ayat 154:
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
Surah 37 Ayat 155:
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
Surah 37 Ayat 156:
أَمْ لَكُمْ سُلْطَانٌ مُّبِينٌ Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
Surah 37 Ayat 157:
فَأْتُوا بِكِتَابِكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
Surah 37 Ayat 158:
وَجَعَلُوا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجِنَّةِ نَسَبًا ۚ وَلَقَدْ عَلِمَتِ الْجِنَّةُ إِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
Surah 37 Ayat 159:
سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
Surah 37 Ayat 160:
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).