Surah 85 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Surah 85 Ayat 2:
وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
Surah 85 Ayat 3:
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
Surah 85 Ayat 4:
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ Celakalah kaum yang menggali parit,
Surah 85 Ayat 5:
النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
Surah 85 Ayat 6:
إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
Surah 85 Ayat 7:
وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Surah 85 Ayat 8:
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Surah 85 Ayat 9:
الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
Surah 85 Ayat 10:
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Surah 85 Ayat 11:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
Surah 85 Ayat 12:
إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Surah 85 Ayat 13:
إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
Surah 85 Ayat 14:
وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
Surah 85 Ayat 15:
ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
Surah 85 Ayat 16:
فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
Surah 85 Ayat 17:
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْجُنُودِ Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
Surah 85 Ayat 18:
فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
Surah 85 Ayat 19:
بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي تَكْذِيبٍ (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
Surah 85 Ayat 20:
وَاللَّهُ مِن وَرَائِهِم مُّحِيطٌ Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!