Al-Quran: Kajian Ayat

Senarai Surah

Senarai Ayat (Surah 78)

Surah 78 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ
Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
Surah 78 Ayat 2:
عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
Surah 78 Ayat 3:
الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ
Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
Surah 78 Ayat 4:
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
Surah 78 Ayat 5:
ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
Surah 78 Ayat 6:
أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
Surah 78 Ayat 7:
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
Surah 78 Ayat 8:
وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
Surah 78 Ayat 9:
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
Surah 78 Ayat 10:
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
Surah 78 Ayat 11: General
وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
Surah 78 Ayat 12:
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
Surah 78 Ayat 13:
وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
Surah 78 Ayat 14:
وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
Surah 78 Ayat 15:
لِّنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
Surah 78 Ayat 16:
وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا
Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
Surah 78 Ayat 17:
إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
Surah 78 Ayat 18:
يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
Surah 78 Ayat 19:
وَفُتِحَتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ أَبْوَابًا
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
Surah 78 Ayat 20:
وَسُيِّرَتِ الْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

Kategori Kajian

Senarai Ayat Kajian

Sila pilih kategori kajian di sebelah kiri.