Al-Quran: Kajian Ayat

Senarai Surah

Senarai Ayat (Surah 52)

Surah 52 Ayat 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَالطُّورِ
Demi Gunung Tursina;
Surah 52 Ayat 2:
وَكِتَابٍ مَّسْطُورٍ
Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -
Surah 52 Ayat 3:
فِي رَقٍّ مَّنشُورٍ
Pada lembaran surat yang terbuka;
Surah 52 Ayat 4:
وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ
Dan demi "Al-Baitul Makmur";
Surah 52 Ayat 5:
وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ
Dan demi bumbung yang tinggi;
Surah 52 Ayat 6:
وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ
Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan); -
Surah 52 Ayat 7:
إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ
Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -
Surah 52 Ayat 8:
مَّا لَهُ مِن دَافِعٍ
Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -
Surah 52 Ayat 9:
يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاءُ مَوْرًا
Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
Surah 52 Ayat 10:
وَتَسِيرُ الْجِبَالُ سَيْرًا
Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
Surah 52 Ayat 11:
فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;
Surah 52 Ayat 12:
الَّذِينَ هُمْ فِي خَوْضٍ يَلْعَبُونَ
Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
Surah 52 Ayat 13:
يَوْمَ يُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا
Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,
Surah 52 Ayat 14:
هَـٰذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ
(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
Surah 52 Ayat 15:
أَفَسِحْرٌ هَـٰذَا أَمْ أَنتُمْ لَا تُبْصِرُونَ
"Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?
Surah 52 Ayat 16:
اصْلَوْهَا فَاصْبِرُوا أَوْ لَا تَصْبِرُوا سَوَاءٌ عَلَيْكُمْ ۖ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
"Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
Surah 52 Ayat 17:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).
Surah 52 Ayat 18:
فَاكِهِينَ بِمَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ وَوَقَاهُمْ رَبُّهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.
Surah 52 Ayat 19:
كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
(Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
Surah 52 Ayat 20:
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ ۖ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Kategori Kajian

Senarai Ayat Kajian

Sila pilih kategori kajian di sebelah kiri.